Thursday 26 June 2014

Lagi 3 hari (#14)

Marhaban Ya Ramadhan...
Insyaallah lagi 3 hari kita akan berpuasa... emmmmmm dah ready ke??
weekend baru ni balik kampung.. tapi demam panas daaa.. huhuhu...
tapi seronok dapat kain.. hehehe..

kesian kat Mr Teddy kena layan kerenah orang demam yang mengada-ngada...
Planning nye banyak tempat nak jenjalan.. tapi satu pun tak g..
adik beradik Mr Teddy ingat aku ber'isi'... tapi berita tak berapa nak baik.... huhuhu
hopefully ada lah berita baik nye tu nanti...

Lama rasanya tinggalkan opis.. kesian diorg kena backup keje keje aku... thanks kawan-kawan
n harini dapat makan kek banji roll.. nak taw cmne rupa dia... tu ha...


ni la dia kek banji roll... dak opis jual..

klu nak try rasa... boleh la try order...
harga RM25/roll 
saiz dia 9.5 inc x 2 inc (anggaran +- )
cod area kuantan.. tapi klu yang jauh2 nak try boleh gak.. sy tolong post kan..tapi kena kira pulak la kos pos ye.. hihihihi
ready stock takde ye..

pada penilaian saya la kan.. kek ni tak manis sgt.. sesuai utk minum petang.. lagi sedap klu simpan dalam peti dulu..





Thursday 19 June 2014

Saya Jual (#13)

Assalamualaikum semua n Salam Sejahtera...

Saya nak jual nie.. area kuantan sahaja taw..

ce tgk link nie...



Tuesday 17 June 2014

Kena DRAMA dengan pemberi perkhidmatan sewa kereta di MUDAH (#12)

kejadian ini pada awal Jun 2014... dah lama mengarang, cuma tak tertekan butang publish je..hehehe

Berhati-hati… jangan sampai anda terkena… huhuhuhu

Kesahnya, pada petang isnin yang indah.. aku cal la orang yang menawarkan sewa kereta exora kt mudah… dah agree nak sewanya hari sabtu tengahari sampai hari ahad petang… booking dah bayo… tak banyak, RM50…
Jumaat tu aku cal semula untuk confirm… diorang kata ok, takde masalah…
Tibalah hari yang sabtu yang penuh dugaan… bergeraklah aku ke sana dengan mr teddy untuk amik exora… setibanya di sana, tak nampak pun kelibat exora… hati mula resah… mr teddy g jumpe orang tu…
Alangkah terkujatnye aku… dengan rasa tidak bersalah “bang, orang yang sewa sebelum ni nak tambah sehari lagi”. Jawapan yang betol-betol mencabar kesabaran aku sebagai seorang pelanggan…
Diorang punya la tak nak mengaku salah, dia bagi lagi statement “saya tak terima duit booking abang”… memang kurang asam boi orang nie… resit ade… ape pulak tak terima... kan memang minta kena maki tu…

Kepada semua pengguna, berhati-hati membuat urusan dengan orang di internet… pastikan cari orang yang anda deal tu…

Dan kepada semua peniaga/penawar perkhidmatan… tolong la jangan buat macam nie… menyusahkan orang…

Apabila kita memudahkan kerja orang lain, InsyaALLAH… ALLAH akan memudahkan kerja kita, kalau bukan di dunia, di akhirat kelak..



Monday 16 June 2014

Counting for Ramadhan (#11)

13 hari lagi...
dah sedia ke??
dah bergantikah puasa-puasa yang ditinggalkan dulu???

Tahun ni, cabaran bagi aku.. kerana berpuasa sebagai seorang isteri...
mane tak nye, sahur pun mak yang masakkan lagi...
huhuhu... nak bangun sahur punya lah payah...
hahaha..mesti ade yang pk cabaran lain nie.. hehehe...

harini aku sedih la sket..
mengenangkan nasib diri...
sampai bila aku nak kerja kat sini..
terlalu banyak rasa yang dipendam..
terlalu banyak rahsia yang di simpan..

hati ni dah tak daya rasanya..
menghadapi cabaran kerja..
menghadapi cabaran perangai orang yang bermuka-muka..
menghadapi cabaran bos yang tidak adil..dan dia rasa dia adil..

untuk menjadi ketua yang adil sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat susah..
bukan sekadar ketua keluarga..
ketua di jabatan.. ketua di syarikat.. ketua dalam persatuan.. ketua NEGARA...
semua tu tanggungjawap dia sangat berat...

tapi orang sekarang semua mengejar pangkat "KETUA" tanpa mereka sedar bebanan yang tersirat...

berbalik kepada Ramadhan.. jom kita klik-klik cari resepi untuk berbuka nanti.. boleh try masak sebelum puasa :)

Monday 9 June 2014

pot pet (#10)

Entry yang ke-10...
Dah sebulan blog ni wujud di blogspot nie...
Dan harini sesuatu yang baru... hehehehe... suami dh tahu aku ade blog... soalan pertama dia
S: awak cite pasal kite ke?
I: opkos tak... lagi...(jawapan mengcoverkan)
dia senyum jer...

itu tanda dia tak halang aku pot pet kat sini... tapi ada pesanan penaja...
JANGAN TULIS BUKAN-BUKAN

Plannya nak letak signature yang baru baca kt blog budak comel nie..

Tapi hasil dia tak berapa nak menarik.. kena belajar sket lagi... hihihi..

Dah alang-alang aku post nie, ade la sket mende nak kongsi...

“Para malaikat menerima roh seorang lelaki daripada umat sebelum kamu lalu berkata:
‘Apakah kamu pernah melakukan apa-apa kebaikan?’
Dia menjawab: ‘Tidak’
Malaikat mengatakan: ‘cuba ingat-ingat’
Dia menjawab: ‘Dahulu aku memberi hutang kepada orang ramai. Kemudian aku mengarahkan orangku supaya memberi tangguh kepada mana-mana yang kesusahan (masih tidak mampu, perlukan masa) dan mengabaikan sahaja mana-mana yang kesulitan (tidak mampu langsung).’
Lalu ALLAH mengarahkan: ‘Abaikan dosa-dosanya”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Permudahkan urusan orang lain adalah salah satu saham akhirat yang kita boleh kaut selagi kita masih hidup..
Bukan dari segi kewangan sahaja.. bagi yang tak berapa berWANG cam aku ni, memberi kerjasama dalam membuat satu-satu kerja juga dikira mempermudahkan urusan orang lain gak la kan... Nak buat atau tak nak buat je menjadi penghalang.. n lagi satu, biar ikhlas...

Aku tak arif bab-bab agama... kongsi sikit-sikit dari pembacaan buku tu boleh la.. nk huraikan lebih mendalam, tak mampu la... tak habis mengaji lagi.. 

Thursday 5 June 2014

chat in blog and hide it (#9)

Weee… today I have upgrade my blog… it is not a big upgrade… but for a beginner and for someone who not really have a skill on blogging like me, it’s a new thing…

I have registered for cbox (chat box) and for this time being, only me in the list…

Not only that, but I also make it hide… hehehe (gembira ngat dia)



I learn this trick from this blog…

Monday 2 June 2014

SUBHANALLAH (#8)

SUBHANALLAH

 Aku nampak kalimah ALLAH di langit…
Tergamam dan terpegun…
Dan aku Tanya mak aku… mak, mak nampak tak kat langit tu…
Mak kata nampak… dan ketika itu awan tersangat cantik..
Limpahan cahaya matahari tersangat indah…
SUBHANNALLAH.. Maha Suci ALLAH yang menjadikan langit dan bumi…
Sungguh indah ciptaan-Nya… tiada cacat cela..
It’s happen on my way back from Palong to Kuantan (omputih sket)…
Tak sempat nak snap (tapi sebenarnye gambar tak cntik, phone choki’ya)…
N semalam pun awan dan cahaya matahari sangat indah…


SUBHANALLAH…

lebih kurang macam ni lah yang aku nampak...

ni la yang aku maksudkan dengan limpahan cahaya... tapi aku kt kawasan bukit, ni kt laut.. lagi indah..